SIMPAN SEDIKIT WANG BRIM, NASIHAT TIMBALAN MENTERI - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Saturday 18 February 2017

SIMPAN SEDIKIT WANG BRIM, NASIHAT TIMBALAN MENTERI


KUBANG PASU - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinasihati membelanjakan bantuan itu secara berhemat selain memastikan sebahagiannya disimpan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz berkata, sebanyak tujuh juta mula menerima bantuan itu hari ini bermula dengan pemberian baucar tunai.
"Pemberian baucar tunai BR1M yang bermula hari ini diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

"Bagi penerima melalui akaun pula wang bantuan itu akan dimasukkan bermula 22 Februari ini. Jadi, kepada mereka yang layak tetapi tidak menerima BR1M, bolehlah menghubungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk semakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar dan Pelancaran Kelab Usahawan Ikhtiar Jerlun di Padang Sera di sini, hari ini.

Pada masa sama beliau turut menyelar sesetengah pihak yang menyifatkan penerima BR1M sebagai pengemis.

"BR1M adalah satu bentuk bantuan bersasar secara langsung daripada kerajaan kepada penduduk sebagai usaha mengurangkan bebanan. Ia sama seperti bantuan lain termasuk subsidi kepada nelayan, bantuan permulaan persekolahan atau bantuan kepada masyarakat Felda.

"Jadi, sesiapa yang layak mereka boleh menerimanya. Pemberian ini tidak perlu dipertikaikan," katanya.

Sementara itu, Othman menafikan terdapat bantuan atau pampasan kepada pesawah padi yang mengalami kerugian akibat serangan penyakit karah tangkai yang berlaku pada musim 2/2016 baru-baru ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...