KHALID SAHKAN AKAN BERSARA JAWATAN KPN PADA SEPTEMBER INI - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Wednesday 23 August 2017

KHALID SAHKAN AKAN BERSARA JAWATAN KPN PADA SEPTEMBER INI

KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai persaraan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terjawab apabila beliau mengesahkan sendiri bakal bersara bulan depan lapor sebuah portal berita.

Menurutnya, beliau tidak akan menyambung kontrak perkhidmatan setelah berusia 60 tahun, 5 September ini.

"Tempoh perkhidmatan saya akan tamat pada usia 60 tahun, awal September ini. 

Sudah sampai masa saya berehat. Ini keputusan saya sendiri," katanya.

Beliau sudah berkhidmat selama 40 tahun dalam Polis Diraja Malaysia, di mana beliau mula menyertai pasukan polis sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Disember 1976 dan mula memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Khalid dijadualkan bersara September ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dijangka akan mengambil alih tugas sebagai KPN selepas ini.

Noor Rashid turut digelar Mr Clean kerana tidak pernah dikaitkan dengan isu-isu politik atau skandal murahan.


No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...